Monday, November 17, 2014

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2013 (Semenanjung Malaysia)

Muat Turun Data-Data Kos Pembinaan Di Malaysia

Perkembangan industri pembinaan jelas dilihat melalui aktiviti-aktiviti pembinaan yang sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara.


Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dengan industri pembinaan. Di antaranya ialah klien, perunding, kontraktor, pembekal dan pihak berkuasa tempatan. Pihak yang paling berisiko ialah pihak kontraktor. Kebanyakan projek pembinaan amat bergantung kepada kontraktor yang terlibat. Walaupun kontraktor merupakan pihak yang terpenting, namun kontraktor juga yang menjadi punca sesuatu projek itu bermasalah.

Penglibatan kontraktor amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Kejayaan sesuatu projek pembinaan bergantung kepada kecekapan kontraktor menguruskan segala aspek kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kontraktor berpunca daripada pengurusan projek yang lemah. Aspek pengurusan yang terlibat ialah pengurusan sumber bahan, buruh, masa, kos dan jentera.

Namun demikian aspek kos adalah paling utama sebelum suatu projek diterima kerana pelbagai kos di dalam skop kontrak perlu dinilai dengan cekap untuk memperolehi tender atau kontrak tanpa mendatangkan kerugian pada syarikat.

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2013 (Semenanjung Malaysia)

 

 Kegunaan Bagi Kawasan Semenanjung Malaysia Sahaja

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

 

Muat Turun 

  • Terdapat 2 format iaitu .pdf & .exe

  • format pdf boleh dibaca melalui komputer / telefon pintar (smartphone - android)

  • format pdf boleh dicetak terus dari komputer

  • format .exe boleh dibaca di komputer sahaja untuk fungsi flipbook. 

 

Sila muat turun contoh penuh Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2011 (Semenanjung Malaysia):

 

JKHKKP2011 -PDF Format

 

JKHKKP2011 -EXE Format

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2013 (Semenanjung Malaysia) sila isi alamat e-mail dibawah ini: