Muat Turun Data-Data Kos Pembinaan Di Malaysia
Perkembangan industri pembinaan jelas dilihat melalui aktiviti-aktiviti pembinaan yang sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara.
Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dengan industri pembinaan. Di antaranya ialah klien, perunding, kontraktor, pembekal dan pihak berkuasa tempatan. Pihak yang paling berisiko ialah pihak kontraktor. Kebanyakan projek pembinaan amat bergantung kepada kontraktor yang terlibat. Walaupun kontraktor merupakan pihak yang terpenting, namun kontraktor juga yang menjadi punca sesuatu projek itu bermasalah.
Penglibatan kontraktor amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Kejayaan sesuatu projek pembinaan bergantung kepada kecekapan kontraktor menguruskan segala aspek kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kontraktor berpunca daripada pengurusan projek yang lemah. Aspek pengurusan yang terlibat ialah pengurusan sumber bahan, buruh, masa, kos dan jentera.
Namun demikian aspek kos adalah paling utama sebelum suatu projek diterima kerana pelbagai kos di dalam skop kontrak perlu dinilai dengan cekap untuk memperolehi tender atau kontrak tanpa mendatangkan kerugian pada syarikat.
Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2013 (Semenanjung Malaysia)
Kegunaan Bagi Kawasan Semenanjung Malaysia Sahaja
Jadual
Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada
dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk
digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.
JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.
Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

Muat Turun
Terdapat 2 format iaitu .pdf & .exe
format pdf boleh dibaca melalui komputer / telefon pintar (smartphone - android)
format pdf boleh dicetak terus dari komputer
format .exe boleh dibaca di komputer sahaja untuk fungsi flipbook.